Lukisan kejuruteraan adalah satu matapelajaran asas yang penting kepadapelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.Hari ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima sebagai media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun pekerja pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat penyelenggaraan.
Oleh kerana lukisan kejuruteraan mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan
Dengan kata lain, lukisan
kejuruteraan ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan
tahap kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.
Dizaman serba canggih
ini, perlbagai kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan
kejuruteraan. Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun
Google schetch adalah software atau
aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat mengikut
skala.
Jadi Kenapa Lukisan
Kejuruteraan? Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses
kejuruteraan. penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa
awalan produk tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran
kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment