Thursday 23 May 2013

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAAN (PEMUSATAN MURID)

Sekolah                       : Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram Pasir Puteh.
Mata Pelajaran            : Lukisan Kejuruteraan.
Tajuk                          : Lukisan Isometri.
Kelas                          : Tingkatan 4.
Tarikh                         : 16 April 2013
Hari                            : Selasa.
Masa                           : 8.30 – 9.50 pagi
Bilangan Murid          : 20 orang
Pengetahuan sedia ada : Pelajar Telah Menguasai Lukisan Ortografik.
KBKK                                   :  Boleh Membezakan Teknik Lukisan.
Strategi / Aktiviti       : Pemusatan murid
Isi pelajaran                : pelajar dapat melukis lukisan isometri.
Objektif                      : Pada akhir pembelajaran :
1.      Menerangkan konsep lukisan isometri.
2.      Mendimensikan lukisan isometri.

Alat Bantu mengajar      :  Meja lukisan, skrin, set lukisan kejuruteraan.
Bahan Bantu mengajar   : persembahan power point, lembaran kerja, klip video, gambar.



LANGKAH / MASA
ISI PEMBELAJARAN
AKTIVITI
ABM/BBM /CATATAN
GURU
MURID

Set induksi
( 5 minit )

-Menarik perhatian pelajar isi pembelajaran.

- Guru menyatakan tajuk pembelajaran iaitu kaedah melukis lukisan isometri.
-Guru menayangan video untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

- Murid mendengar tajuk pembelajaran yang akan mereka pelajari.
Pelajar melihat tayangan video.

BBM :
-Komputer riba
-Pemancar
-Video

Langkah 1
( 10 minit )

Pengenalan tentang sub topik dan menyatakan objektif pembelajaran.
 


Guru menerangkan secara ringkas apa yang akan diajar pada hari ini. Guru memberitahu pelajar mengenai tajuk-tajuk yang akan diajar didalam kelas.
Guru mengedar nota kepada pelajar.

Pelajar mendengar penerangan guru.
Pelajar menerima nota daripada guru.


ABM/BBM:
-Nota
-Power point
-Komputer riba
-Pemancar
Nilai murni :
- Mendengar dengan baik
-Peka

Langkah 2
(40 minit )

Pembahagian kumpulan.





Guru meminta pelajar membentuk beberapa kumpulan kecil.

Pelajar membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan duduk dalam kumpulan yang trlah dibahagikan oleh mereka sendiri.
Melantik seorang ketua daripada setiap kumpulan masing-masing.

ABM/BBM


Langkah 3
(10 minit )

Persembahan kandungan baru.

Guru menerengkan tentang lukisan isometri dan menunjukkan beberapa jenis lukisan yang sudah siap.



Pelajar melihat contoh lukisan dan cuba melakar lukisan tersebut dengan secara terus.

BBM
Komputer riba
Pemancar




Langkah 4
(10 minit)

-Pengajaran kepada teknik lukisan.
-Perbincangan tentang latihan.

Guru melukis lukisan isometri pada papan putih sambil menunjukkan teknik-teknik yang betul dan juga menyatakan cara untuk mendimensikan lukisan isometri.

Pelajar membuat lukisan isometri yang dilukis oleh guru dan mendimensikan lukisan tersebut.

BBM :
-lembaran kerja
Langkah 5
Membuat latihan dan penilaian.

Guru menunjukkan beberapa bongkah yang kiranya mudah difahami oleh pelajar.
Guru memberikan helaian lukisan isometri kepada pelajar dan memantau pelajar sambil membantu pelajar dalam membuat lukisan isometri.
Guru menyuruh setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
Guru membuat penilaian ke atas kumpulan pelajar berdasarkan hasil kerja mereka.
Ketua kumpulan mengetuai ahli kumpulan membincangkan untuk melukis bongkah yang ditunjukkan oleh guru.
Setiap Ketua kumpulan mengedarkan helaian kertas dalam kumpulan masing-masing dan melukis lukisan isometri.
Setiap pelajar dalam kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.


Penutup
(5 minit )

Rumusan.

Guru membuat rumusan tentang lukisan isometri.
Guru memberikan tugasan kepada pelajar sebagai tugasan tambahan agar mereka lebih memahami tengang pelajaran hari ini.



-          Pelajar mendengar rumusan yang diberikan oleh guru dan mencatat isi-isi penting bagi persediaan pada pembelajaran yang akan datang.
-          Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

ABM/BBM :
-Komputer riba
-Pemancar
-Klip video
Nilai murni :
-Bekerjasama
-Semangat



Refleksi Pengajaran    :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________







No comments:

Post a Comment