Saturday, 18 May 2013

Pengenalan Oblik


Objektif :
Mengetahui definisi lukisan oblik dalam lukisan kejuruteraan.
Dapat menggunakan dan memilih paksi atau sudut surut yang betul untuk melukis.
Penggunaan teknik dan ciri dalam lukisan oblik.

Tujuan :
Pelajar akan dapat memahami dan membina lukisan oblik dengan betul berdasarkan sudut yang tertentu supaya objek yang terhasil dapat terbentuk dalam pelbagai sudut surut dan akhirnya pelajar juga mengetahui ciri-ciri dalam lukisan oblik.


Apa itu lukisan oblik?



Lukisan oblik mempunyai satu permukaan yang rata dan satu permukaan yang bersudut. Oblik juga di kenali sebagai unjuran serong untuk membentuk objek berdasarkan sudut surut. Ia merupakan objek atau bentuk secara bergambar dalam tiga dimensi.



                                                       Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan 3 paksi yang wujud dalam lukisan oblik iaitu paksi menegak, paksi mengufuk dan paksi sudut.

Paksi surut adalah paksi yang penting untuk menghasilkan objek dalam lukisan oblik kerana terdapat 3 jenis sudut yang di gunakan iaitu 30 darjah , 45 darjah dan 60 darjah.

Untuk membina lukisan oblik, pelajar mestilah melukis kotak seperti rajah 1 mengikut sudut surut yang dipilih.



Bentuk objek dalam 3 sudut kedalaman pada paksi sudut


Langkah 1 -> sudut 30 darjah :





Langkah 2 -> sudut 45 darjah :





Langkah 3 -> sudut 60 darjah 




# Keterangan bagi objek yang tiga sudut tersebut ialah :-

1. Objek asal wujud pada sudut 30 darjah.

2. Walaupun menggunakan objek yang sama, sudut kedalaman paksi surut bagi objek tersebut akan berubah sedikit mengikut kedalamannya seperti gambar rajah di atas.

3. Maka, semakin besar sudut surut yang digunakan semakin nampak pandangan atas dan semakin nampak pandangan sisi objek.

Monday, 13 May 2013

ALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

PAPAN LUKISAN












Papan lukis moden di lengkapkan dengan kaki yang boleh di ubah suai ketinggiannya. Papan lukis ini boleh di condongkan mengikut kehendak pengguna. Papan lukis yang cangih pula mempunyai permukaan yang lengkap dengaan kepingan bermagnet yang sama ukuran dengan papan lukis itu supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas lukisan .


SET SQUARE












Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis sesiku set iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45, 30 , 60 darja


SET BOFA










Peralatan lukisan lazimnya di jual dalam satu set. Komponnen utamanya terdiri daripada Jangka lukis, Jangka pembahagi dan lain-lain


Jangka lukis (Compass)



Jangka lukis dii gunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok. Terdapat beberapa jenis dan bentuk jangka lukis mengikut keperluan yanng berlainan



PENSEL LUKIS









Ada berbagai-bagai jenis pensel dalam pasaran dewasa ini, tetapi yang biasa digunakan oleh arkitek dan ahli teknik ada tiga jenis.
1. Penselkayu
la boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya.  Kekerasan mata pensel dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensel itu.  Pensel perlu diasah dengan pisau atau penajam mekanik untuk menajamkan matanya, Bagi pensel yang terialu pendek ia boleh disambungkan dengan pemegang pensel.
2. Pensel mekanik
la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti.  Pensel mekanik yang sering digunakan oleh arkitek berdiameterO-5 mm kerana ia senang dikuasai dan menghasilkan garisyang tajam serta halus.
3. Pensel cekam
Bentuknya seakan-akan sama dengan pensel mekanik tetapi diameter mata grafitnya lebih besar.  Pensel ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garls.  Mata pensel ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensel itu.  Pensel ini sangat baik untuk lakaran bebas.  Ketiga-tiga jenis pensel ini boleh menghasilkan kerja yang bermutu tetapi seseorang itu harus pandai menguasai pensel tersebut.

Wednesday, 8 May 2013

LUKISAN KEJURUTERAAN





     Lukisan kejuruteraan adalah satu matapelajaran asas yang penting kepadapelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.Hari ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima sebagai media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun pekerja pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat penyelenggaraan.
     Oleh kerana lukisan kejuruteraan mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan 
Dengan kata lain, lukisan kejuruteraan ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan tahap kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.
        Dizaman serba canggih ini, perlbagai kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan kejuruteraan. Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun Google schetch adalah  software  atau aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat mengikut skala.
Jadi Kenapa Lukisan Kejuruteraan? Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan. penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran kejuruteraan.

Friday, 3 May 2013

Wednesday, 1 May 2013


Komen Pensyarah Terhadap Rancangan Pembelajaran Harian Dan Tugasan Yang Perlu Disiapkan.


1. Tempoh masa dengan objektif pengajaran tidak sesuai
2. Penulisan objektif salah  sila ikut format ABCD (sila rujuk http://electriceducator.blogspot.com/2009/11/google-proof-questioning-new-use-for.html)
3. Tidak dpt bezakan antara ABM dengan BBM
4. Set induksi tidak jelas - sila rujuk nota kuliah utk baikinya
5. Strategi pengajaran - tidak betul. Untuk Berpusatkan Guru, sila pilih kaedah masteri atau kaedah pengajaran langsung atau kaedah demonstrasi, tutorial atau kaedah lain yang sesuai. Perkembangan pengajaran anda harus ikut strategi berkenaan. Begitu juga berpusatkan  pelajar, sila ikut langkah2 dlm strategi dipilih (koperatif, pengajaran berasaskan projek, 5e).
6. Penutup - perlu jelas dengan mengandungi aspek menilai pencapaian pelajar, rumusan isi pembelajaran dan membayangkan pembelajaran akan datang.
7. Nilai-nilai murni yg sesuai perlu ditekankan. 
RPH yang telah siap perlu dilampirkan dengan lembaran kerja (jika berkaitan).
RPH perlu dihantar ialah :
1 RPH kaedah guru
1 RPH kaedah murid

Sunday, 18 December 2011

Keep on trying

Today's teachers want to see my blog to check my English language. Before that I want to apologize from teacher because I know my English language so broken. I have tried to improve my language, but still not good, however I will not feel tired to try. I always remind myself to be strong, Be strong firdaus!!! try and try never say die, I know you can do it..